VISI MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN (MTT)

Pusat Pengajian Menengah Bersepadu Pilihan Asia Menjelang 2027


MISI MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN (MTT)

  1. Membentuk bakal pelapis ulamak dan professional sebagai pemimpin masa depan yang menguasai ilmu dan maklumat bersepadu untuk kebaikan dunia dan akhirat
  2. Menyediakan program pendidikan bersepadu (modul integrasi akademik, diniyah dan tahfiz)


OBJEKTIF MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN (MTT)
  1. Ke arah membina generasi muslim terpelajar yang mampu menyebarkan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta menguasai perkembangan semasa dan teknologi terkini.
  2. Mengajar ilmu-ilmu Islam yang menekankan asas pembangunan manusia dari semua sudut.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang menghafaz Al-Quran dan mampu berbahasa arab.
  4. Mendidik generasi muda dengan budi pekerti yang mulia berasaskan akhlak Islam
  5. Menanam cita-cita perjuangan Islam untuk memajukan masyarakat dan umat
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, peribadi dan pandangan hidup, sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia


OBJEKTIF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.

QR PAY @ MTT
Kerjaya @ MTT
Tiada Kekosongan Buat Ketika Ini

SEMAKAN KEPUTUSAN #INTAKE2024 (KLIK)

PORTAL PELAJAR MTT


Agenda [APRIL] 2024

  • 1 : Taklimat Pendaftaran SPM
  • 4 : Lambaian Aidilfitri
  • 4 : Penutup Ihya' Ramadan/small>
  • 4 : Kongsi Rezeki Syawal
  • 5 : Iftar Keluarga YAKEP
  • 5-14 : Cuti Penggal I
  • 15 : Pendaftaran Pelajar Baharu STAM
  • 17 :Bengkel Imam & Bilal Siri I
  • 19 : Pelancaran Khitobah (Asrama)
  • 21 : Pelancaran Bulan Disiplin
  • 21 : Jejak Muadzin
  • 24 : Pelancaran Smart Huffaz
  • 26-27 : Minggu Pulang Kampung
  • 28 : Sambutan Hari Raya
  • **Tertakluk Kepada Perubahan

    Pautan MTT

    Facebook MTT    Portal MTT    YouTube MTT
    Facebook Fisabilillah MTT    Laman Web Fi Sabilillah    Laman Web SISBAKTI
    Masjid Tok Jiring    Masjid Tok Jiring